Derita Kita Bersama

Posted on September 20, 2008 
Filed under Uncategorized

janganlah kau menangis
janganlah kau meronta
janganlah kau menjerit

andai tangisanmu kedengaran
andai rontaanmu kelihatan
andai jeritan membingitkan
aku turut terasa
kerana kita sama
berkongsi rasa dan cita
tapi apakan daya
menyesal tiada guna
orang berjaga kita terlena

ku harap kau akan tabah mengharungi hari esok
kerana ianya bukan waktu yang lama
walau derita kita melambatkan masa yang ada
tapi itu hanya mainan minda

ingatlah
ada yang lebih teruk dari kita
berikan kekuatanmu untuk hari esok
bersabarlah
wahai PERUTKU yang tidak sempat sahur

Comments



Leave a Reply