CERITERA HATI
Kenapa aku masih di sini?
Aku cuma ingin dimengerti
Bukan sepenuh hati
Tapi cukup untuk mengisi
Lembaran diari sepi
Dalam sebuah kehidupan insani
Aku masih di sini
Melihat teman yang berlalu pergi
Tanpa sudi untuk mengasihi
Siapa aku yang berada di sisi
Setia menyepi
Mendengar suara isi hati
Aku masih di sini
Aku belum mahu mati
Aku mahu kekal abadi
Bukan di jasad pinjaman Illahi
Tapi diingati di dalam hati
Biar itu suatu yang tidak pasti
Tapi aku mengharap dalam tunduk hakiki
Aku masih di sini
Menerima nikmat hidup Illahi
Masih menanti
Sampai bila begini
Kita tidakkan pasti
Tapi
Cuma harapan ini menemani
Tidak pinta ditangisi
Cukup untuk diingati
Cukup untuk dihargai
Dalam ikatan sahabat sejati
Derita Kita Bersama
janganlah kau menangis
janganlah kau meronta
janganlah kau menjerit
andai tangisanmu kedengaran
andai rontaanmu kelihatan
andai jeritan membingitkan
aku turut terasa
kerana kita sama
berkongsi rasa dan cita
tapi apakan daya
menyesal tiada guna
orang berjaga kita terlena
ku harap kau akan tabah mengharungi hari esok
kerana ianya bukan waktu yang lama
walau derita kita melambatkan masa yang ada
tapi itu hanya mainan minda
ingatlah
ada yang lebih teruk dari kita
berikan kekuatanmu untuk hari esok
bersabarlah
wahai PERUTKU yang tidak sempat sahur
ode pemerhati kembar dihalau pergi
akulah yang menjadi saksi
melihat kembar itu dihalau pergi
tapi
aku bukan sebacul ini
yang hanya tahu mmemerhati
memasang simpati di hati
marah tebakar semakin meninggi
kembar selipar dihalau pergi
tinggal apa menjadi ganti?
kenapa dihalau pergi?
tidakkah mereka punya simpati?
dibiar masuk menjadikah rugi?
atau tugas untuk meninggi diri?
kembar sejati
aku hanya pemerhati
kita bukan siapa-siapa di sini
aku juga mengerti
hidup menumpang tidak terperi
menagih simpati
untuk masuk library……..
p/s:ditulis sementara menunggu makanan sampai…hehehe…to encik simi ini balasan ode mu…